Hijrah satu perubahan

Sebenarnya saya menunggu masa yang sesuai untuk menulis sempena tahun baru maal hijrah disebabkan ketiadaan idea dan kekangan masa dan yang paling penting kepada diri saya sendiri yang sentiasa memberi alasan. Forum yang diadakan sempena hari terbuka kolej saya memberikan satu peluang kepada saya untuk menerima santapan rohani. Idea untuk mengadakan forum hadir saat-saat akhir tatkala seketeriat aktiviti kebuntuan program untuk mengisi malam-malam hari terbuka.  Ini mungkin juga berkat doa sahabat-sahabat yang ingin sekali menolak diadakan malam persembahan kebudayaan dan nyanyian-nyanyian langha artis masa kini.

 Ini bukan bermakna saya rigid dan tidak terbuka, tapi tatkala melihat yang lelaki sibuk merempit dan yang perempuan asyik berkepit, sewajarnya selaku seorang pemegang saham dalam menjalankan carnival hari terbuka kolej kami, aulawiyatnya diadakan pengisian yang berbentuk kerohanian. Alhamdullilah, doa kami dimakbulkan. Perjalanan forum berjalan dengan lancer walaupun kami ditakutkan dengan cuaca yang seakan-akan tidak mengizinkan dan kebimbangan yang paling besar takut tidak ada crowd yang memenuhi.  Berikut saya lampirkan butiran mengenai atucara malam tersebut :           

         Hari                             : Khamis          

         Tarikh                          :  10 January 2008           

         Tempat                       : Pentas Utama Kolej Harun Aminurrashid       

         Tajuk                           : Hijrah Satu Perubahan   

         Panel                          : Ustaz Nizamuddin (moderator)

                                            1)     Ustaz Naqiudin Uitm

                                            2)     Ustaz Zaharuddin 

Dan, dek kerana telah sibuk mengendalikan bahagian pameran sepanjang hari, sengaja saya memilih untuk duduk di atas kerusi dan tidak menjalankan pemantauan bagi sama-sama mendapat pengisian yang sewajarnya. (seat ketiga belakang) Saya coretkan semula antara isi-isi penting sepanjang forum diadakan untuk dikongsikan bersama. Mungkin pengolahannya tidak sepenuhnya sama dengan isi forum pada malam tersebut tapi saya harapkan ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan. I

slam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi melainkan islam. Ahli panel pertama mengutarakan hujah. Cukup berkesan. Mungkin penyampainya menyampaikan daripada hati dan diikuti dengan niat yang ikhlas demi menyampaikan dakwah kepada pelajar kolej kami. Apabila melihat kepada peristiwa hijrah, menurut ustaz naqiuddin, 3 perkara utama yang perlu ada adalah: 

1)     pengorbanan

2)     perancangan yang rapi

3)     kebijaksanaan

Hijrah merupakan satu perpindahan yang berlaku pada awal muharram. Melihat kepada peristiwa hijrah seringkali kita terfikir apa kepentingan dan hikmah disebalik hijrah yang dilakukan. Human always need something new. Hijrah perlu dan kita perlu melihat ianya merupakan satu proses yang berterusan. Kerana itu kita memerlukan ilmu yang sepatutnya. Kewajaran berlakunya hijrah adalah sejajar dengan fitrah kita. Jika kita membatasi fitrah maka impaknya dan kemudaratan kepada diri kita sendiri. Soalan mengapa madinah yang dipilih sebagai tempat hijrah dijawab dengan penuh ketelitian oleh ustaz zaharuddin. Menampakkan caknanya beliau terhadap ilmunya. Rasullah memilih Madinah sebagai tempat hijrah kerana

1)                   pertamanya ialah Madinah pilihan ALLAH SWT.

 2)                   Kedua, Rasullah pernah bermimpi berada di Yathrib (Madinah) yang mempunyai banyak pohon kurma

3)                   Ketiga, keadaan geografi yang menyebabkan Madinah sesuai didiami dan tempat penanaman kurma Faktor keempat ialah ikhwan, saudara atau kata nama lainnya manusia yang juga penyebab kepada peristiwa hijrah berlaku. Pada asalnya penduduk di Madinah mempunyai penduduk yang berpuak-puak. Kedatangan Rasullah akhirnya berjaya menyatukan penduduk suku aus dan khazraj. Inilah antara hikmahnya. Faktor kelima ialah spiritual. Semangat ini jelas ditunjukkan dengan ketibaan baginda Rasullah disambut dengan nyanyian nasyid Tola’al Badru (ustaz zaharuddin dendangkan).  Untuk melakukan hijrah individu hendaklah mengetahui tempat. Yang kedua, hendaklah bijak bergaul manusia. Orang mu’min yang bijak dan bertaqwa sesungguhnya bergaul dengan manusia dan membawanya kepada islam. Jelas sekali indahnya islam. Telah digariskan dalam al-quran adab-adab untuk bergaul dan batasannya, terpulang kepada kita untuk mengikutinya. Yang ketiga, contohi sifat kaum yahudi yang pandai namun ditewaskan dengan perancangan yang rapi oleh kebijaksanaan Rasullah.

 Kenapa Rasullah menghantar naqib yang pertama iaitu Mus’ab Bin Umair ke Madinah. Apakah cirri-ciri naqib yang ada pada Mus’ab sehinggakan Rasullah memilih beliau.

 1)                 ikhlas (penyampaian yang lahir dari hati dan diniatkan Lillahitaala)

2)                 yakin (beliau sentiasa bersama dengan Rasullah dan yakin dengan kepimpinan Baginda)

3)                 istiqamah

4)                 akhlaq (kefasihan perbuatan lebih baik daripada kefasihan lisan)

5)                 beramal (mempunyai ilmu dan beramal dengannya)

6)                 sabar

 Soalan terakhir pada malam tersebut, ialah mengenai hikmah dan iktibar daripada peristiwa hijrah           

 1)                 kembali kepada fitrah

2)                 meninggalkan perkara-perkara yang dilarang

3)                 membersihkan aqidah

4)                 kepelbagaian dalam dakwah

 Setiap satunya mempunyai huraian yang dibuat secara padu oleh ahli-ahli panel. Alhamdullilah, mungkin tidak banyak yang saya boleh kongsikan. Hasil catatan nota pada malam itu di saat kekalutan dengan tugas-tugas sampingan. Forum tersebut diakhiri dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Devotees juga berjaya memikat audien. Mungkin antara kita telah menanamkan azam pada tahun baru ini dan insyaALLAH saya sentiasa doakan kita semua dapat merealisasikannya dengan redho ALLAH. Selamat tahun baru!    

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s