Semester ini.

Tahun kedua pengajian menandakan saya berada di semester 4 pengajian di universiti. Dirasakan masa yang berlalu cukup pantas. Semester ini saya bakal mengambil 4 subjek universiti (hafalan), 3 subjek major dan 1 subjek elektif. 

1)                 Kimia Analisis

2)                 Kimia Organik

3)                 Pengenalan Biologi 11

4)                 Bimbingan dan Penasihatan

5)                 Pedagogi

6)                 Pengantar Etika

7)                 Penghantar Pemikiran

8)                 Bahasa Arab Komunikasi 111 

Jadual yang diberikan oleh bahagian akademik kelihatan agak padat. Hasilnya, selama 4 malam berturut-turut saya mempunyai kuliah malam. Suasana yang cukup berbeza bagi saya berbanding dengan semester sebelum ini yang mana kuliah kebanyakan diadakan pada waktu pagi dan petang. Tanggapan awal saya mungkin lebih memenatkan berikutan keesokan harinya kuliah saya bermula seawal jam 8 pagi. Tanda ALLAH sayang pada saya, masa yang diberikan seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya. Belum lagi dengan gerak kerja sebagai pemegang wasilah yang meeting tidak kira waktu dan ketika. Sibuk-sibuk dunia.

“bersyukurlah, sekurang-kurangnya kamu tidak perlu bersekang mata menelaah buku-buku yang tebal dengan subjek yang berat biarpun kuliah hanya 3 jam sehari”

saya pegang kata-kata seorang bakal doctor, kakak dan bertindak sebagai sahabat saya yang terdekat.  Ada benarnya dalam nasihat tersebut. Sudah mampu memujuk hati saya supaya meneruskan aktiviti akademik saya semester ini. InsyaALLAH saya usahakan yang terbaik. Umat islam harus cemerlang! 

Advertisements

One thought on “Semester ini.

  1. mudahan-mudahan ape yg kita akan pelajari pada semester akan bayak membri kita ilmu pengetahuan dan pengalaman….kita sama2 berusaha dan bertawakal kpd Nya…alhamdulillah kita masih lagi dapat meneruskan pembelajaran kita…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s