Sahabat sebagai penawar dan racun

Kali ini saya memilih untuk berbicara mengenai sahabat. Besar maknanya bagi saya dalam meneruskan misi kehidupan seharian lebih-lebih lagi sepanjang berada di universiti. Tatkala itu kehadiran seorang sahabat dirasakan amat perlu.

Menelesuri sirah perjuangan Rasullah SAW, perjuangan baginda juga diwarnai dengan kehadiran sahabat-sahabat yang memberi kekuatan kepada baginda. Seorang rasul yang dijanjikan syurga dan menjadi kekasih pilihan ALLAH SWT juga mempunyai sahabat.  Seorang sahabat yang baik merupakan cerminan bagi sahabatnya. Dalam kita berukhwah dan bersahabat kita sebagai hamba akan terus diuji.

Itulah yang menjadikan sahabat kita kadangkala menjadi penawar tatkala kita memerlukan nasihat dan bimbingannya. Namun, ada tatkalanya sahabat kita menjadi racun di saat nasihat dan bimbingannya bertukar menjadi cantasan kata-kata yang berbisa buat kita. Dan tatkala kita diuji dalam berukhwah inilah memerlukan mujahadah yang tinggi dalam usaha mengekalkan ukhwah yang telah terjalin sejak sekian lama. Mana mungkin kita akan duduk senang sampai saat kita dipanggil mengadap ALLAH swt. 

Reality saya kaitkan dalam kehidupan seharian, “ ana tak tahu lagi nak buat macammana, ana dah rasa kecewa sangat dengan sahabat seorang ni”. 

 Jujurnya, saya sendiri berdepan dengan masalah ukhwah ini. Saya tidak menolak ada dikalangan sahabat-sahabat saya yang terdekat menceritakan keburukan saya dan ketidakpuasan hati kepada individu yang lain. Perkara menjadi lebih complicated apabila masing-masing mendiamkan diri dan sampai satu saat kata-kata dan riak muka tidak lagi mempamerkan rasa ikhlas yang lahir dari hati. Nau’zubillah.

Kita berusaha membina sebuah ikatan ukhwah dalam masa yang cukup lama 10 tahun, 5 tahun dan mungkin juga bermula sejak kita masih dizaman kanak-kanak. Namun saya rasakan begitu mudah kita menyerah dan meruntuhkan ukhwah dalam masa sehari sahaja.  Salah satu punca kenapa hati kita tidak tenang adalah kerana adanya sifat mazmumah dalam diri kita. Perkara inilah yang menjadi salah satu punca kepada pemasalahan ukhwah ini apatah lagi melibatkan masalah-masalah lain dalam kehidupan seharian.

Pesan buat sahabat, kita sama-sama jauhi sifat-sifat mazmumah yang menjadi barah dalam ukhwah dan perjuangan kita. 

 Pemarah. Sahabat, andai ada sifat pemarah dalam diri kita, ianya amat mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak terdapat dalam diri manusia. Orang yang pemarah biasanya sangat tidak disukai dan didekati oleh sesiapa sahaja. Jangan biarkan diri kita dipenuhi dengan sifat pemarah yang memusnahkan diri kita. Jika sifat ini tidak dikawal ia boleh mencetuskan permusuhan antara satu sama lain, walaupun punca permusuhan itu sangat kecil

 Pendendam. Sahabat, andai ada antara kita menyimpan dendam antara satu sama lain, ianya biasanya boleh dilihat daripada sikap kita dan buah bicara kita tatkala kita berbicara. Untuk ukhwah kita, sebaiknya kita amalkan sifat pemaaf. Bagi seorang pendendam, pada kebiasaannya, mereka ini sentiasa dalam keadaan tidak tenang kerana sentiasa dihantui oleh perasaan marah, benci, tidak puas hati dan sebagainya. Kita bukannya dilahirkan untuk berdendam antara satu sama lain. 

Tidak sabar. Kurang sabar apabila diuji dengan sesuatu. Sahabat, kita sentiasa diuji, dek kerana ujian inilah melatih kita sentiasa bersabar. Mereka yang tidak bersabar akan cepat melatah apabila menerima ujian dan dugaan. Dalam perjuangan, rencahnya ujian dan disitulah kesabaran kita diuji. 

  “Ya ALLAH, engkau mengetahui, hati-hati ini telah berkumpul untuk mengasihaniMU, bertemu untuk mematuhi perintahMU, bersatu memikul beban dakwahMU, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk menyokong dan mendaulatkan syariatMU, maka eratkanlah YA ALLAH, akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini…..” 

Mungkin diri saya bukan orang yang terbaik untuk menjadi sahabat yang baik untuk sahabat-sahabat saya yang lain tapi saya bukannya seorang yang sanggup merosakkan ikatan ukhwah yang telah dijalinkan..

“terima kasih Tuhan, mempertemukan aku bersama insan yang bernama SAHABAT, kasihnya tiada sempadan, hingga aku tak mampu melupakan, tak mampu bertahan andai kelalaian, kerana ikatan ini bukan mainan, semoga kita terus tabah dalam perjuangan” 

Advertisements

3 thoughts on “Sahabat sebagai penawar dan racun

  1. salam…
    ya sahabat itu penawar walaupun ada ketikanya dia menjadi racun dan amat sukar untuk kita telan..namun kita perlu ingat walau siapa pun sahabat kita, jangan kita lupa dengan kehadiran merekalah hidup kita penuh dengan warna-warni…dengan kehadiran mereka yang pelbagai ragamlah kita menjadi lebih matang dalam hidup..dan jangan lupa kita juga merupakan sahabat kepada orang lain..sentiasa muhasabah diri kita..kita juga insan biasa yang sentiasa terlepas pandang pada kelemahan diri sendiri…sentiasalah mengingati kebaikan sahabat-sahabat kita walaupun dengan hanya satu kebaikan kerana itu lebih baik daripada kita sentiasa melihat kepada sembilan keburukannya…hadapilah hari-hari kita bersama-sama dengan sahabat sahabiyah kita dengan penuh senyuman dan kesabaran..insyaALLAH kita akan sentiasa akan didampingi oleh sahabat sahabiyah yang baik dan yang paling penting dan terpenting kita sentiasa menjadi sahabat yang terbaik…erti hidup pada memberi..

  2. salam sahabat….sahabat adalah penawar….sahabat juga adalah racun yg berbisa….tidak dinafikan…hidup kita setiap hari ceria dan gembira kerana adanya sahabat…tetapi kadangkala juga berlaku sebaliknya…bkn itu yang diinginkan….kadangkala keadaan yg memaksa kita bertindak mengikut perasaan…iman kita ibarat roda….mungkin waktu itu, roda iman kta berada di bwh…mmg tidak dpt dinafikan…kadangkala sy sendiri selalu menyakiti sahabat sy walaupun sebenarnya masalah itu berpunca dr sy….ntah mengapa….alhamdulillah….sy amat bersyukur dikurniakan sahabat yg memahami diri sy…sy berusaha utk memberikan mereka yg terbaik…

  3. SAHABAT YG BERIMAN IBARAT MENTARI YG BERSINAR, SAHABAT YG SETIA IBARAT PEWANGI YG MENGHARUMKAN, SAHABAT SEJATI MNJADI PENDORONG IMPIAN, SAHABAT YG BERHATI MULIA AKAN BIMBING KITE KE JALAN YG DREDHAI ALLAH….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s