Apa niat kita?

Dengan nama ALLAH yang maha pengasih dan maha penyayang

 Dalam merencanakan hari-hari yang mendatang dalam hidup kita, perkara yang menjadi tunjang dalam setiap amal perbuatan adalah niat. Sehingga saya menulis entry ini sudah tentu saya mempunyai niat tersendiri. Betapa begitu pentingnya niat dalam kehidupan seharian kita. 

Dikatakan bahawa apabila para sahabat hendak buat sesuatu amal kebaikan, mereka tidak buat secara biasa. Mereka akan buat dengan cara yang paling baik, kerana begitulah yang telah ditanamkan oleh Rasullah SAW dalam minda mereka. Supaya amal soleh itu benar-benar menjadi ahsanu ‘amala sebagaimana yang difirman-NYA. 

 “….supaya DIA menguji kamu, siapa di antara kamu yang terbaik amalnya (ahsanu ‘amala)…..” (Al-Mulk:2)

 Apabila berbicara berkenaan dengan niat juga sudah tentulah kolerasinya dengan perkataan ikhlas. Sampai hari ini, saya sentiasa bertanya kepada diri ikhlaskah kita dalam melakukan setiap perkara?

Ikhlas berasal daripada perkataan Khalas yang dalam bahasa arab bermaksud habis, licin-licau sehabuk pun tak ada (rujukan ustaz pahrol mohamad juoi).  Maknanya, (saya masukkan unsure qalqalah untuk memberi penegasan), orang yang niatnya ikhlas itu tidak ada sesuatu apa pun dalam hatinya, melainkan ALLAH. Ia berbuat kerana dan untuk ALLAH semata.

 Diri saya? 

Hari ini dan detik ini saya masih mampu mengingati semula segala perkara yang telah dilakukan. Hari ini juga, saya masih mampu menceritakan kepada orang lain mengenai amal kebaikan saya lakukan. Dan sehingga hari ini, saya berupaya menceritakan kepada orang lain bahawasanya saya yang menyebabkan keberjayaan sesuatu perkara. Setakat mana ikhlasnya saya dalam perbuatan seharian.

 Selesai sahaja mesyuarat mengenai sesuatu program yang sebelum, sudah dan akan dijalankan, terdengar suara-suara rungutan sesetengah individu kepada individu yang lain. Niat awal yang disandarkan ikhlas kerana ALLAH menjadi sia-sia sudah. Habis sudah segala tenaga dan masa yang diperuntukkan bagi memastikan kelicinan sesuatu program.

  “alar, dia tu bukannya bagus sangat, cakap je banyak, keje tak jalan… bla2” 

Andai pada hari ini kita mampu untuk berkata demikian kepada orang lain maknanya suatu hari nanti kita juga akan dilihat begitu oleh orang lain dan tidak mustahil segala keaiban kita akan dibuka dan perbuatan baik yang kita lakukan akan terus dilupakan. Na’uzubillah.

 Kata ulama sufi, amal yang benar jika tidak dibuat dengan ikhlas, tidak diterima oleh ALLAH. Amal yang ikhlas pula jika tidak dibuat dengan cara yang benar, juga tidak diterima oleh ALLAH. ALLAH hanya menerima amal yang ikhlas dan benar. Saya kira ini bukan sesuatu yang mudah untuk dijalankan.  Memang bukan mudah untuk melahirkan niat yang ikhlas di dalam hati, tapi ada cara-cara yang boleh diusahakan.

  1)     bebaskan hati dari niat yang bersifat duniawi “kalau rasa-rasa kita buat sesuatu amalan baik dengan sebab orang, kita bawa istighfar dan bebaskan dulu niat itu dari hati” kata ustaz fauzi, al-kuliyyah.

2)     Buatlah amal baik secara diam-diam “hukamak berkata, jadilah kamu seperti akar pokok yang menjadi tunjang kepada kehidupan pokok itu, padahal ia tidak terlihat oleh mata dan tersembunyo di dalam tanah”

 InsyaALLAH kita mampu usahakan 2 cara ini dahulu. Niat dapat menyempurnakan iman. Sebab itu pentingnya kita menjaga niat dalam melakukan segala perbuatan. Nasihat untuk diri saya. Hadis daripada Abu Umamah, Nabi SAW bersabda : siapa yang cinta kerana ALLAH, membenci kerana ALLAH, memberi kerana ALLAH, menyekat pun kerana ALLAH, maka sempurnalah imannya.   

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s