5A UPSR bukan jaminan.

Assalamualaikum wbt..

Dunia pendidikan kita pada hari ini tidak pernah sunyi dengan pelbagai kisah baru. Keputusan UPSR telah selamat diumumkan baru-baru ini. Selesai sudah kontroversi mengenai soalan UPSR bocor dan sebagainya. Pelajar semestinya menarik nafas lega apabila tidak perlu mengambil kembali peperiksaan UPSR. Dan seperti kelazimannya pencapaian kali ini meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ada yang gembira dan ada yang kecewa. Tapi saya yakin, perjalanan mereka masih jauh. Terlalu awal untuk duduk senang dengan keputusan yang diperolehi.

Saya tertarik membaca petikan akhbar yang dikeluar sehari selepas pelajar-pelajar menerima keputusan.
“Tahun ini, lebih 48,000 murid mendapat 5A, sedangkan 54 SBP di seluruh negara cuma mampu menampung kira-kira 6,000 pelajar, tahun depan,”. petikan daripada ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom. Maknanya para pelajar akan kembali bersaing untuk mendapatkan tempat di sekolah yang diinginkan. Selaku seorang bakal guru, saya melihat situasi ini mampu untuk mewujudkan persaingan secara sihat di kalangan pelajar. Kecemerlangan akademik hendaklah seiring dengan kecemerlangan kokurikulum dan sahsiah. Kita seharusnya melihat kepada hasil akhir keluaran sekolah-sekolah di negara kita yang mana untuk melahirkan individu yang seimbang daripada aspek jasmani, emosi dan rohani.

Sekolah berasrama penuh merupakan salah satu sekolah yang menyediakan pelajar ke arah yang lebih holistik. Ini tidak bermakna sekolah lain tidak bagus. Kegagalan memasuki SBP tidak sepatutnya menjadi isu besar kerana kebanyakan sekolah menengah biasa sama ada di bandar atau luar bandar kini mempunyai kemudahan pendidikan yang terbaik dan mencukupi.

Betapa ramai kita melihat pelajar dari sekolah biasa muncul sebagai pelajar terbaik Malaysia. Sebagai contoh, Nur Amalina Che Bakri, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor, iaitu pelajar sekolah luar bandar yang berjaya mencatat 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2004. Dalam UPSR tahun ini pun, sebahagian daripada sekolah yang melahirkan murid 5A adalah sekolah luar bandar, termasuk sekolah Orang Asli.

Oleh yang demikian, para ibu bapa seharusnya tidak terlampau obses dengan prestijnya sesebuah sekolah. Ianya tidak bermakna andainya pelajar terbabit tidak mengambil langkah pertama untuk mencipta kejayaan mereka sendiri. The best will win dan di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s