DEBAT ROYAL

“lepas exam ni, boleh ke pergi debat royal?” seorang senior memberikan tawaran kepada saya.

Jawapan yang jelas saya berikan. Keputusan yang saya telah lakukan. Cukup mudah, saya menolak untuk mewakili universiti dalam debat royal kali ini.

Akal mengatakan cukup rugi menolak tawaran kali ini. Apatah lagi debat royal debat yang paling berprestij di antara semua debat di IPTA. Bayaran untuk satu kumpulan beraksi di medan pertandingan adalah sebanyak RM 1500. Berkampung hanya 5 hari 4 malam, makanan, pakaian dan sebagainya semua ditanggung. Menang kalah bukan ukuran tapi yang penting kecerdasan minda dan ketajaman lidah mengupas usul menjadi titik penentuan kejuaraan. Melihat kepada usul-usul dalam debat kali ini sememangnya memerlukan pembacaan yang amat tinggi.
Akal bersuara lagi, andai saya menolak untuk ke debat Royal kali ini, masihkah ada peluang untuk saya beraksi?

Dan saat itu..
Iman yang sedikit mampu mengubat rasa terkilan saya. Rezeki kita semua telah ditetapkan. Dan tidak akan berkurang sedikit pun rezeki-rezeki yang dijanjikan oleh ALLAH kepada kita. Ubatnya satu. KEYAKINAN dan KEBERGANTUNGAN kepada ALLAH itulah yang kita letakkan sebagai sandaran. Saya menolak untuk pergi ke debat kali ini disebabkan komitmen yang harus diberikan kepada program yang dijalankan di kolej. YA, saya punya pilihan untuk mengecualikan diri. Tapi ada amanah yang perlu dilaksanakan. Selagi memegang wasilah sekaligus sebagai pemimpin, saya harus melihat kepada aulawiyat(keutamaan) yang harus didahulukan. Dan hasilnya saya memilih untuk ke program yang dianjurkan kolej. Semoga diri ini telah membuat keputusan yang betul.

Kita mungkin tidak dapat melihat keputusan yang diambil dan kesannya pada masa sekarang. Tapi, andainya keputusan yang kita lakukan berdasarkan niat kepada ALLAH yakinlah bahawasanya ianya akan mendatangkan natijah yang baik pada masa hadapan.

Advertisements

One thought on “DEBAT ROYAL

  1. “”Kita mungkin tidak dapat melihat keputusan yang diambil dan kesannya pada masa sekarang. Tapi, andainya keputusan yang kita lakukan berdasarkan niat kepada ALLAH yakinlah bahawasanya ianya akan mendatangkan natijah yang baik pada masa hadapan.””

    Abg suka Frasa yg awak karangkan ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s