Pemimpin pilihan

Memegang amanah yang diberikan oleh ALLAH pada tahun ini membuatkan saya sentiasa mempersoalkan diri sendiri. Benarkah wasilah yang diberikan ini sesuatu yang tepat atau satu lagi cabang ujian oleh ALLAH untuk hambaNYA yang hina dina ini. Meletakkan diri dalam kelompok kepimpinan yang tidak selaras dengan perjuangan saya merupakan satu situasi yang cukup berat dirasakan. Saya tahu, saya mempunyai tanggungjawab yang besar harus ditunaikan selaku hambaNYA. Tidak hanya duduk senang. Membawa islam sebagai modal diri! Dengan melihat diri sendiri yang tidak sempurna dan mengenangkan dosa-dosa yang menggunung tinggi, membujuk diri saya untuk sentiasa redha dengan segala ketetapan yang telah ditetapkan olehNYA. Bukannya semua orang dipilih oleh ALLAH untuk diuji.

800x600-2-al-isra.jpg

Dalam hadis daripada Abu Zar katanya, Aku bertanya, “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?” Baginda menepuk bahuku dan bersabda, “Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya.” (Riwayat Muslim).

Dalam riwayat al-Imam Muslim yang lain Rasulullah s.a.w bersabda, “Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim.”

Ini menjelaskan bahawa Rasulullah tidak memberikan jawatan sekalipun kepada Abu Zar, seorang sahabat yang sangat dikasihi baginda, apabila dilihat ciri-ciri kelayakan tidak wujud sepenuhnya.

Abu Zar adalah seorang sahabat yang soleh lagi warak dan zuhud. Namun begitu, amanah kepimpinan dan politik berhajat ciri-ciri yang lebih dari itu, bukan sekadar warak dan soleh sahaja. Justeru itu, tidak semua sahabat layak mengendalikan urusan siasah seperti al-Khulafa al-Rasyidun.

Saya menetapkan satu lagi matlamat dalam diri Dengan berbekalkan modal kepimpinan yang ada, mesej Islam yang terbaik adalah dengan Akhlaq. Want to deliver a message, be the message! (petikan saiful islam). Saya merasakan kebenarannya. Andainya hanya pandai berkata-kata, ianya akan lebih banyak menjadi dusta.Bukan itu yang saya mahukan..

PEMIMPIN SEPANJANG ZAMAN
Tika kau di puncak pergunungan
Luas saujana mata memandang
Bumi luas terbentang
Jauh di sana
Kelihatanlah umat manusia
Seribu ragam juga bicara
Berat mata memandang
Resah jiwa mengenang
Adat pemimpin sepanjang zaman
Di hatinya ada kebimbangan
Beratnya tanggungan yang menanti di depan
Akan terhisab di tangan Tuhan
Bagi manusia yang di bawahnya
Mata memandang pada yang satu
Tersusunlah kekurangan
Terkumpul kelemahan
Segala ujian dan cabaran
Dan tuduhan yang dilontarkan
Semua itu permainan
Gurauan perjuangan
Hari ini kita satukan hati
Dendangkan irama perpaduan
Susunkan barisan satukan keyakinan
Terus ke depan tempuh rintangan
Jika mereka itu seribu
Kita bersama Tuhan yang Satu
Maka pohonlah bantuan
Nusrah pasti diturunkan
Ahzab yang telah ditewaskan
Pengalaman sepanjang zaman
Bulatkan keyakinan
Kemenangan di depan
Sekali disusun perjalanan
Tiada undur terus ke hadapan
Ceraikanlah jasad, nyawa dan kehidupan
Hidup berjaya mati mulia

LAGU: Hasrizal Abdul Jamil
LIRIK: Hasrizal Abdul Jamil
NYANYIAN: Erfino Johari
PERSEMBAHAN: Usrah al-Firdaus, Jordan
ALBUM: Gemilang
TAHUN: 1995

Advertisements

2 thoughts on “Pemimpin pilihan

  1. assalamualaikum ya ukht..tahniah atas kelahiran weblog ini.mudah2an, ia menjadi wadah penyebaran risalah Islam ke seluruh dunia.ini yang kita harapkan. walau siapa pun kita..doktor?cikgu?engineer?majistret?hatta petani di sawah, kita mesti jelmakan kehidupan kita dgn kehidupan Islam.Hidup berpandukan formula Islam..yg mana hasilnya..MasyaAllah!Sukar dibayangkan betapa indahnya hidup dan aman bahagia dunia akhirat.justeru, apa2 yg kita lakukan, jadikan akhirat matlamat kita..always begin by the end!maksudnya,bila akhirat matlamat kita,apa2 yg kita lakukan akan terarah ke akhirat..
    WaAllahua`alam

  2. Lia, jomlah pergi usrah
    Lia, jomlah berdakwah
    Lia, ummah semakin koyak
    Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya

    Aku tidak mahu
    Aku kena study
    Markah semester lepas dah cukup teruk
    Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
    Aku menyesal megikuti semua itu
    Bosan!!
    Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya
    Bukan ke islam tu syumul
    Kalau nak berjaya, kena study
    Waktu study, studylah
    Esok kalau dah berjaya
    Aku buatlah kerja dakwah tu
    Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku
    Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam

    Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongking

    Jongkang jongking?
    Apa kau merepek ni?

    Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongking
    Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
    Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
    Tu bukan dakwah namanya
    Dan tu bukan belajar namanya

    Habis tu?

    Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus
    Tak boleh inversely proportional

    Apa maksud kau?

    Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya

    Aku tidak faham

    Tak pe, aku terangkan
    Macam gini, bila dah berdakwah tu
    Rasa senang je nak study
    Bila belajar tentang mitokondria misalnya
    Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria
    Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri
    Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta
    Kenapa?
    Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah
    Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
    Rasa senang hati nak terima ilmu
    Kalau orang lain study 1 jam
    Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
    Sebab apa?
    Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu

    Aku tak pernah rasa semua itu
    Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?

    Tak, itu bukan maksud aku
    Cuma kena checklah sikit hati tu
    Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah

    Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

    Ok, aku berikan contoh
    Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
    Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar
    Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi
    Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah
    Ada keraguan dalam hati
    Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah
    Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya
    Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi
    Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita
    Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah

    Lia dah faham
    Lia kena banyak muhasabah
    Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk
    Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
    Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut

    Lia, sahabatku,
    Seorang ibu pernah mengatakan
    Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku
    Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam
    Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam
    Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku
    Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri
    Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah
    Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya
    Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,
    Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna
    Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
    Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama
    Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini.

    Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna. Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah . Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.

    Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:

    <>

    Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin. Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.

    Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.

    Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah – Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.

    Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab “Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun”.

    Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini A. A memerlukan tongkat untuk berjalan. A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan A. A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.

    Keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.

    Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah.

    Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah.
    Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.

    Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.

    Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saf perjuangan.

    Finally, whatever I do, I always remind myself that I am doing it for the sake of God. As stated in the Quran, “Say: Truely, my prayer, my service of sacrifice, my life, and my death are (all) for God, the Cherisher of the Worlds” (6:162). May Allah S.W.T. accept my humble efforts.Amiin. ALLAHUMMA a’iz al Islam wa al Muslimin!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s