who are they?!

Melihat petikan akhbar pada hari ini sudah cukup menunjukkan betapa kualiti guru pada hari ini telah berada pada tahap yang yang meruncingkan. Who are they? persoalan yang mengetuk benak fikiran saya. Kenapa mereka yang bertopengkan seorang guru ini sanggup melakukan pelbagai di luar norma sebagai seorang pendidik? sedih  + marah + bimbang. Perasaan saya berbaur. Andainya begini situasinya, saya percaya tiada lagi dalam dunia ini yang bergelar insan bernama guru akan dihormati oleh masyarakat… Semakin bertambah bebanan yang saya rasakan.. Hanya dengan ilmu dan agama yang dapat kembalikan membetulkan situasi ini..

26 April 2007:
KUALA LUMPUR: Sukar dipercayai apabila seorang guru antara empat lelaki yang ditahan polis bandar raya kerana terbabit dalam penagihan ganja.

Dalam operasi dijalankan sepasukan anggota Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, lelaki berusia 20-an itu, yang mengajar di sebuah sekolah di Lembah Klang, didapati positif dalam ujian air kencing bersama beberapa suspek, termasuk seorang pengawal keselamatan.

26 April 2007:

KOTA BHARU: Akibat tidak tahan menjadi pemuas nafsu gurunya, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Rantau Panjang, dekat Pasir Mas, membuat laporan polis kelmarin.

Pelajar berusia 15 tahun itu mendakwa guru itu beberapa kali mencabul kehormatannya, termasuk di sekolah dan rumah suspek.

7 April 2007:

SIK: Seorang bapa mendakwa anaknya, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau di sini, ditendang guru agamanya kerana bangun dari tempat duduk untuk mengambil kotak pensil yang terjatuh.

Abdul Rashid Hussain, 50, penoreh getah dari Kampung Kuala Beris di sini, berkata perbuatan guru itu tidak boleh diterima kerana menegur menggunakan kaki sehingga menyebabkan anaknya kesakitan.

Beliau mendakwa guru itu menendang anaknya dua kali di depan 40 murid lain ketika kelas agama Islam, Isnin lalu.

6 April 2007:

PASIR GUDANG: Beberapa nota ditulis seorang murid tahun dua yang mencurahkan perasaannya selepas dipukul guru Bahasa Melayu bagaikan menjadi bukti ‘penderaan’ di sebuah sekolah rendah di sini.

Bukti itu semakin jelas apabila mata kiri murid itu, Siti Nur Fatihah Samsudin, 8, mengalami pendarahan beku, dipercayai akibat dipukul guru terbabit, petang kelmarin.

Perasaan itu hanya diluahkan menerusi tulisan di kertas selepas aduannya kepada ibu bapa tidak diendahkan berikutan mereka beranggapan murid itu mungkin melakukan kesalahan di sekolah.

6 Mac 2007:

BANTING: Seorang pelajar yang baru dua jam mendaftar diri pada hari pertama persekolahan di sekolah barunya, menghadapi kemungkinan buta apabila terkena pembaris kayu dilontar seorang guru.

Ketika itu, pelajar tingkatan dua itu mengikuti mata pelajaran Sains berkaitan mata di sebuah sekolah di Pulau Carey di sini.

26 Februari 2007:

KUALA NERANG: Tiga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Padang Sanai dekat sini, menerima satu hingga dua jahitan di kepala selepas didakwa diketuk dengan kasut tumit tinggi oleh seorang guru wanita, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kepala lapan murid dalam satu kelas, termasuk dua perempuan, didakwa diketuk guru wanita berkenaan selepas dikatakan tidak membawa buku latihan Bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, hanya tiga murid lelaki terbabit yang mula-mula dipukul guru berkenaan mengalami pendarahan di kepala hingga terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut.

14 Januari 2007:

DUNGUN: Seorang murid lelaki tahun dua di Jerangau, kira-kira 40 kilometer dari sini, mendakwa guru muzik melondehkan seluarnya hingga ke paras lutut di depan teman sekelasnya, Rabu lalu.

Mohammad Nabill Iman Hakkiem Zulkifli, 8, berkata guru muzik itu bertindak demikian kemungkinan sebagai hukuman berikutan dia tak membawa buku latihan.

10 Januari 2007:

GUA MUSANG: Seorang bapa menganggap tindakan guru disiplin sebuah sekolah menengah di sini menggunting kolar baju anak lelakinya kerana didakwa tidak mengikut peraturan pakaian seragam, sebagai tidak bertamadun dan mengaibkan.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Man berkata, guru itu sepatutnya merujuk kepada ibu bapa pelajar atau anaknya diberi amaran terlebih dulu.

Andainya dibiarkan masa berlalu, kes-kes begini akan terus berlaku….😦

One thought on “who are they?!

  1. salam…
    dahsyat la kes2 zaman skang???
    naik takut ana nak pikul tanggungjawab guru nanti…
    mampukah diri ni???huhu
    1st question yg ade kat my mind ni…
    apa actually tujuan kita jadik guru???
    dis ques not jz 4 a teacher but 4 all da people!!!!
    niat utk jadik sesuatu tu amat dan teramat-amatlah penting….
    ana bagi contoh simple…klu kita solat tapi solat tanpa niat camne????
    gitu gak ngan pekerjaan kita..klu awal2 lagik niat dah tak betul camne????
    tu yang jadik kes cabul la, sepak terajang la n sewaktu dengannya la…
    tp jujur cakap nak betul kan niat tu..cukup susah…
    niat ikhlas dari hati kerana Allah…
    klu berkait ngan hati ni cukup susah susah la…
    ana teringat kata2 seorang ustaz dalam al-hidayah pada 4 april 2007..ana lupa plak nama ustaz tu..
    dia cakap..
    “setiap keinginan tu bermula ngan hati…klu kita rasa benda tu x elok baik kita cepat2 alihkan pandangan..klu x ble dah menyerap dalam hati cukup susah…ble dah menyerap dalam hati tentu kita akan berusaha untuk memenuhi keinginan itu walaupun bertentangan ngan Islam..”
    lebih kurang macam tu la…
    so didik la hati kita..
    klu hati guru2 ni dah terdidik..insyaAllah hati anak2 didik pun akan terdidik…malah insyaAllah xkan timbul kes2 yang berkaitan diats…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s