Bismillahirrahmanirrahim
ALHAMDULLILAH
Menarik berita dunia yang saya baca pagi ini. Implementasinya biarpun diluar negara namun tidak sipa tahu kemungkinan ianya juga bakal berlaku di malaysia.
Utusan 29/09/2009 2:52am

DUSHANBE 28 Sept. – Guru-guru yang berusia bawah 50 tahun di Tajikistan tidak lagi dibenarkan menyimpan janggut, namun dibenarkan untuk mengajar dengan memakai but hujan, menurut peraturan baru kerajaan yang dikeluarkan hari ini.
“Lelaki yang berusia lebih 50 tahun dibenarkan menyimpan janggut yang panjangnya tidak melebihi tiga sentimeter, manakala golongan muda pula mesti tampil kemas,” menurut salinan dekri kementerian pelajaran yang dilaporkan secara meluas oleh akhbar tempatan.
“Manakala untuk kasut, apa-apa sahaja kasut yang bertutup penuh adalah dibenarkan, termasuk kasut pelapis,” tambahnya.
Tajiskistan, sebuah negara miskin di Asia Tengah yang bersempadan dengan Afghanistan berkata, peraturan tersebut merupakan sebahagian daripada pembaharuan pendidikan yang bertembung dengan mentaliti dan cara hidup rakyat tempatan.
Mereka yang berjanggut panjang sering dicurigai oleh pihak kerajaan dan pernah mencetuskan perang saudara terhadap orang Islam pada tahun 1990-an, menyebabkan berpuluh-puluh ribu kematian selain menghancurkan ekonomi negara itu.
Kasut pelapis dan sepasang but kalis air yang diperbuat daripada getah sangat popular di kalangan petani di luar bandar dan dilihat sebagai keperluan yang mampu melindungi dari hujan yang sering melanda negara bergunung-ganang tersebut. – AFP
ps : isu besar sebenarnya tajuk ini
September 29, 2009 at 6:13
salam,
Harap2 perkara ni tidak akan berlaku di Malaysia (setakat ni hanya pelajar yg x dibenarkan berjanggut. Pelajar senior dan pra-U ada kelonggaran sedikit).
Apabila bertembung dengan mentaliti dan cara hidup rakyat tempatan, adakalanya kita terpaksa akur… Dan perubahan tidak berlaku dengan mendadak. Hmm..
Di Malaysia manusia berjanggut ni dipandang sebagai seorang yang alim dalam agama, bahkan dihormati! (walaupun saya hanya menumpang sekaki… ilmu x setakat mane pon!)
Sebenarnya banyak kelebihan berjanggut nih. Selain dapat membezakan antara lelaki dan wanita (elak tasyabbuh!) ia juga adalah satu-satunya sunnah yang akan dibawa ke dalam kubur. Sunnah tutup kepala, sunnah bertongkat, sunnah bermiswak, sunnah bercelak, sunnah kain atas buku lali (dipendekkan cerita sunnah ’surah’ iaitu lahiriah/ penampilan…) semuanya akan ditinggalkan… tetapi janggut… xdenye tok imam akan suh potong jenazah punyer janggut (hehe~)…
Selain mirip nabi… ape lagi modal kita nak iktibak nabi ye? Malunya apabila nak diinterview kelak nak minta sokongan nabi, tapi xde rupe nabi pon…
p/s: Selamat Hari Raya. Ampun Dipinta, Maaf Diberi~ Semoga Ukhwah Ini Terus Terjalin=)
***
September 29, 2009 at 6:13
macam2 la dunia ni yea…nak simpan jaggut pun jadi masalah
September 30, 2009 at 6:13
Agak kelakar peraturan y dikeluarkan.
Seperti kata sepohonkayu, semoga benda y sama tak berlaku di malaysia.
Seorang artis ambil ketamin, sebok je kita pesan “jgn kerana artis A salahguna dadah kita anggap semua artis itu jahat”.
Ramai juga remaja bersalib di leher yang cetuskan masalah di Barat, tapi tak semua yang bersalib itu dilabel jahat.
Tapi setiap identiti umat Islam (bertudung, berserban, berjanggut) cuba sedaya-upaya dihapuskan waima oleh umat Islam sendiri.
Alasannya; pengganas & pelampau agama.
Kelakar, mudah pulak diorang generalize kan kesilapan individu sebagai kesalahan sebuah komuniti.
Hakikat yang perlu ditelan umat akhir zaman.
Allahualam~
September 30, 2009 at 6:13
semoga tidak berlaku di bumi UPSI dan Malaysia serta di muka ini ..lau tidak hilanglah sunnah yg paling mudah untuk diamalkan..
marilah kita semua berdoa kpd Ilahi agar dianggkat keagungan Islam. ameen.
September 30, 2009 at 6:13
Salam syawal penuh lebaran mulia, qilah…
benar kata kamu, isu ni bukan isu remeh tapi satu isu yang besar dan memberi kesan kepada semua (manusia berjanggut) terutama muslimin. Jika ini berlaku kepada malaysia, adakah kita hanya hendak jadi pak turut? Selamatkan sunnah nabi kita…
October 1, 2009 at 6:13
salam
jadi isu jg ke janggut ni..hehe..mcm2..simpan separuh cukuplah..
October 5, 2009 at 6:13
SALAM PERJUANGAN
ADMIN,
ALIFFAFNAN
HTTP://NTVirus.wordpress.com