Bismillahirrahmanirrahim
Berita kematian raja Pop, Michael Jackson atau nama islamnya Mikaeel benar-benar memeranjatkan dunia. Penyanyi Raja Pop, Michael Jackson, 50, telah memeluk agama Islam dan menukarkan namanya kepada Mikaeel.
Islam jadi pilihan
Berkat hidayah yang dikurniakan kepada abang Michael Jackson, Jermaine Friday yang telah memeluk agama Islam sejak tahun 1989, telah mencadangkan Jackson memeluk agama Islam. Friday banyak membelikan Jackson buku-buku mengenai Islam dan memberi pendapat kepada Michael Jackson mengenai keindahan dan ketenangan Islam.
Saya dan michael jackson
Saya mengenali lagu-lagu micheal jackson sedari usia persekolahan sekolah rendah. Tarian ala ‘robotik’ seringkali menjadi ikutan para muda-mudi sehingga kini.Biarpun begitu, saya kagum di akhir hayatnya ALLAH kurniakan hidayah kepadanya untuk mengecapi nikmat Islam. Dan akhirnya dia pergi dalam Islam. Benar, hidayah itu milik ALLAH yang tidak mengenal masa dan siapa dikurniakanNYA.

Hadis Abu Qatadah bin Rib’ie r.a:
Satu usungan jenazah melintasi Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda: Yang berehat dan yang direhatkan adalah daripadanya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah erti yang berehat dan yang direhatkan adalah daripadanya itu? Rasulullah s.a.w bersabda: Hamba yang beriman itu berehat dari kepenatan dunia. Sedangkan hamba yang buruk kelakuannya, dapat merehatkan para hamba, negara, pokok-pokok dan haiwan iaitu semua merasa tenteram dari kejahatannya.
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.ameen.
July 6, 2009 at 6:13
ameen…
July 8, 2009 at 6:13
al-fatihah buat mikaeel jackson