Friday, July 3rd, 2009


Bismillahirrahmanirrahim

Berita kematian raja Pop, Michael Jackson atau nama islamnya Mikaeel benar-benar memeranjatkan dunia. Penyanyi Raja Pop, Michael Jackson, 50, telah memeluk agama Islam dan menukarkan namanya kepada Mikaeel.

Islam jadi pilihan

Berkat hidayah yang dikurniakan kepada abang Michael Jackson, Jermaine Friday yang telah memeluk agama Islam sejak tahun 1989, telah mencadangkan Jackson memeluk agama Islam. Friday banyak membelikan Jackson buku-buku mengenai Islam dan memberi pendapat kepada Michael Jackson mengenai keindahan dan ketenangan Islam.

Saya dan michael jackson

Saya mengenali lagu-lagu micheal jackson sedari usia persekolahan sekolah rendah. Tarian ala ‘robotik’ seringkali menjadi ikutan para muda-mudi sehingga kini.Biarpun begitu, saya kagum di akhir hayatnya ALLAH kurniakan hidayah kepadanya untuk mengecapi nikmat Islam. Dan akhirnya dia pergi dalam Islam.  Benar, hidayah itu milik ALLAH yang tidak mengenal masa dan siapa dikurniakanNYA.

2278069492_e460690a6f

Hadis Abu Qatadah bin Rib’ie r.a:
Satu usungan jenazah melintasi Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda: Yang berehat dan yang direhatkan adalah daripadanya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah erti yang berehat dan yang direhatkan adalah daripadanya itu? Rasulullah s.a.w bersabda: Hamba yang beriman itu berehat dari kepenatan dunia. Sedangkan hamba yang buruk kelakuannya, dapat merehatkan para hamba, negara, pokok-pokok dan haiwan iaitu semua merasa tenteram dari kejahatannya.

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.ameen.

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

1) Hari Bertemu pelanggan bahagian akademik

Saya mengambil kesempatan untuk menjemput mahasiswa/i untuk menghadiri hari bertemu pelanggan bahagian akademik yang bakal dijalankan. Sama-sama kita manfaatkan ruang yang diberikan untuk bertanya secara terus kepada pegawai di bahagaian akademik mengenai masalah-masalah yang melibatkan akademik mahasiswa/i. Berikut adalah maklumat mengenai program yang bakal dijalankan

HARI BERTEMU PELANGGAN
“Meniti Kecemerlangan Bersama BHEA”

Tarikh
13 Julai 2009
Masa
9.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat
Ruang Legar (Foyer)
Bangunan Canselori,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim
Perak
Anda boleh mendapatkan pelbagai informasi berkaitan peranan dan fungsi Bahagian Hal Ehwal Akademik. Pandangan dan pendapat anda amatlah dialu-alukan.

“SEMUA DIJEMPUT HADIR”

2) Pemegang biasiswa KPM

Adalah dimaklumkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mewajibkan pelajar yang menerima tajaan biasiswa KPM untuk menghantar salinan keputusan peperiksaan terkini kepada pihak kementerian. Salinan keputusan hendaklah jelas dan disahkan oleh pensyarah. Pelajar juga boleh mencetak salinan keputusan peperiksaan melalui portal pelajar dan disahkan oleh pensyarah. Sehubungan dengan itu, pelajar perlulah menghantar salinan keputusan peperiksaan sebelum 31 Julai 2009 ke alamat berikut :

Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 12-13, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

‘Transform with knowledge’

NUR AQILAH HANIS MOHD YUSOFF

Exco Akademik & Kerjaya upsi

Majlis Perwakilan Pelajar08/09