Bismillahirrahmanirrahim
ALHAMDULLILAH
Menyelesuri kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ NC, saya bersetuju sepenuhnya. Nisbah pelajar lelaki kepada pelajar perempuan di UPSI 1 : 8 orang merupakan suatu perkara yang dirasakan cukup genting. Hasilnya profesion perguruan didominasi oleh perempuan. Tidak mustahil suatu hari nanti di sekolah-sekolah struktur pentadbirannya semuanya perempuan!
Berikut adalah petikan yang diambil daripada utusan malaysia :
KUALA LUMPUR 10 Jun — Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Datuk Dr Aminah Ayob hari ini melahirkan kebimbangan mengenai kekurangan bakal guru di kalangan bukan Melayu dan lelaki di universiti itu.
Katanya daripada 4,800 pelajar di universiti itu, hanya 20 peratus daripada mereka terdiri daripada pelajar bukan Melayu dan 23 peratus pelajar lelaki. “Kami sendiri gagal mengenal pasti kenapa perkara ini berlaku. Tetapi mungkin disebabkan perbezaan kecenderungan dan minat antara kaum itu sendiri.
“Malah di universiti kami, pelajar-pelajar bukan Melayu kebanyakannya mengambil program tertentu seperti perniagaan dan ekonomi serta sains dan teknologi,” katanya ketika mempengerusikan Majlis Dialog UPSI Bersama Media, di sini, hari ini. – Bernama
June 11, 2009 at 6:13
Jadi apa kita nak buat sekarang?
June 26, 2009 at 6:13
kita kena “melahirkan anak lelaki” yng ramai la nampaknya…
July 7, 2009 at 6:13
pd sy tak menjadi masalah..
mungkin pihak pentadbiran upsi boleh buka program baru yang memerlukan pelajar lelaki.
sbg contoh mungkin kejuruteraan ke..
but then kalo upsi bukak program tu mungkin akn menimbulkan satu masalah baru..kekurangan pensyarah yang berkelayakan utk program 2..
camne ek????
July 8, 2009 at 6:13
Mana mungkin kita keluar dari core bussiness kita dalam melahirkan guru-guru. Universiti ‘pendidikan’ sultan idris.
July 9, 2009 at 6:13
kita tunggu dan lihat sahaja kemampuan mahasiswi berbanding mahasiswa selepas bergraduan nanti. sejauh mana hala tuju mereka, sama ada lelaki yang menguasai bidang pendidikan mahu pun perempuan. semasa buat ROS baru2 ni, sekolah berkenaan lelaki lebih ramai mybe dlm 3 : 1…xpasti plak skolah lain.tp smasa skolah pun mcm tu jg..tgk jela..