Bismilahhirahmanirrahim
ALHAMDULLILAH
Suasana pagi yang sedikit tenang memberikan saya ruang untuk menyampaikan fikrah islam melalui penulisan. Saya mengulas kembali tajuk ini sebagai muhasabah untuk diri selepas pasca PRK. Saya tinggalkan sebentar buku-buku pelajaran yang menuntut untuk dibaca.
“Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul ditengah-tengah kumpulan masalah, menonjol dikalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didokong oleh umat” (Kata-kata bapak Nasir)
“Kak, kenapa kak masuk bertanding?” soalan yang diajukan kepada saya merupakan salah satu soalan yang cukup popular sejak akhir-akhir ini.
Matlamat yang jelas dalam kepimpinan merupakan salah satu kunci kejayaan seorang pemimpin. Kepimpinan merupakan seni untuk mempengaruhi manusia untuk mengikut halatuju yang digariskan.
“Menunaikan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH dalam menegakkan ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan salah satunya melalui wasilah mpp”. saya menjawab dengan tenang. Berkerut-kerut muka adik yang bertanya.
Saya bukan seorang populis. Masuk PRK bukan untuk mengejar glamour Teringat pesan sahabat saya, jiwa pemimpin mahasiswa Islam perlu sentiasa segar mengingati ALLAH. Pemimpin mahasiswa bukan sekadar jaguh dikampung tetapi mesti mengorak langkah bermain di padang yang lebih mencabar.
Jujurnya saya sekarang berdepan dengan sepak terajang politik kampus yang demokrasinya kian pudar. Ya, permainan baru sahaja bermula. Moga diri ini terus diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan. Saya masih lagi insan biasa yang perlukan teguran dan peringatan dalam bentuk yang paling berhikmah. Maka, hak-hak yang menuntut untuk dipenuhi akan saya usahakan dengan kapasiti yang ada. Mana tahu mungkin tiada esok bagi saya?
p/s : Teringat pesanan Imam Hassan Al-Banna pernah menyebut bahawasanya pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mampu untuk melahirkan pengganti yang lebih baik daripadanya. Saya meminta maaf memandangkan isi entry yang kurang tersusun akibat agaklama tidak menulis.