Kenapa kita nak jadi cikgu?

Bismillahirrahmanirrahim

Entry kali ini saya kira merupakan analisis jawapan-jawapan kepada masyarakat kampus khususnya dan masyarakat yang memilih untuk menjadi seorang guru. Sengaja saya menulis tajuk santai sebagai muhasabah buat diri dan bakal-bakal pendidik di luar sana. Bagi pengunjung blog yang bukan seorang bakal guru, anda juga satu hari nanti mungkin sebagai seorang bakal ayah dan ibu kepada anak-anak anda. Itu juga sebagai guru.

Masih segar dalam ingatan hasil penyampaian kuliah Prof Dr Naim yang merupakan pensyarah di USIM merangkap pensyarah bagi subjek KPT saya yang menyatakan bahawasanya beliau mengatakan salah satu perkara yang bakal mengiringi kita di alam kubur nanti sebagai bekalan adalah doa anak-anak yang soleh. Hasil interprestasi beliau, beliau tidak hanya mengambil doa anak-anak yang soleh itu terhad kepada doa anak yang lahir dari zuriat sendiri. Realitinya, doa anak yang soleh itu juga mungkin daripada doa anak-anak murid yang telah dididik dan diajar sehingga mampu bergelar insan yang soleh malah sentiasa mendoakan guru-gurunya. Sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan sebelum ini. Syukur Ya ALLAH, saya kira saya tidak membuat keputusan yang salah.

Warga Kampus

Sebenarnya, masih ramai yang memandang profesion perguruan sebagai profesion kelas kedua. Secara jujurnya saya bukannya bekas pelajar diploma yang mempunyai latar belakang daripada universiti yang lain sebelum ini. Ada di kalangan sahabat-sahabat saya yang mempunyai latar belakang diploma atau ijazah sebagai enggineer, lawyer, bio medic yang akhirnya terjun ke dalam bidang pendidikan. Berikut merupakan jawapan-jawapan favourite kenapa mereka menjadi cikgu.

1) Pointer yang tidak mencukupi untuk kerjaya lain semasa di STPM, matrik dan SPM

2) Pilihan yang tidak sengaja biarpun diletakkan dalam rangking yang ke-8 dalam pemilihan masuk ke universiti ( it just a luck).

3) Tidak mendapat pekerjaaan yang tetap selepas tamat dalam course masing-masing terutamanya pelajar diploma dan ijazah.

4) Saranan ibu bapa yang menyuruh memilih kerjaya sebagai guru

5) Cuti yang banyak apabila bergelar guru.

Saya tinggalkan jawapan-jawapan di atas. Ini merupakan picisan jawapan yang ada. Masing-masing mempunyai jawapan untuk kenapa mereka berada di UPSI. Jika sahabat-sahabat masih ragu-ragu dengan kerjaya yang ada sekarang maka perlu diletakkan matlamat jelas kerana kita merupakan satu kilang yang akan menghasilkan anak-anak murid. Samaada menjadi soleh malah yang mendoakan kita ataupun  yang tholeh (Nau’zubillah). Wassalam

Jumaat 12.00 tghari

About these ads

6 thoughts on “Kenapa kita nak jadi cikgu?

  1. saya sekarang guru ganti sekolah rendah. saya mula minat nak jd guru bila dah ada nak 3orang. saya suka mendapat perhatian dari murid2 disekolah, dan saya suka mendidik anak2 yang saya anggap kain putih untuk kita lukis diatasnya…

    alangkah indah anak anak ini berjaya dalam hidupnya dengan hadirnya kita dalam sebahagian kehidupannya. alangkah indahnya bila dia berjaya kelak dia masih merindui kita, dan sudah pasti kita sentiasa meniti dibibir mereka setiapkali mereka berdoa.

  2. saya pun nak jadi cikgu…tapi masalahnya yang dapat ke maktab hanyalah mereka yang gunakan kabel serta meletakkan kerjaya ini sebagai pilihan akhir mereka

  3. Pingback: Kenapa Saya Nak Jadi Cikgu? Soalan Paling Sukar Temuduga KPLI dan PPISMP | ar-rifke

  4. Saya sangat2 nak jadi cikgu walau ramai yang menghalang..doakan saya agar diterima utk interview KPLSPM ambilan Jun2011 ni.

  5. saya juga ingin menjdi seorng guru…..esok adalah temuduga dekat ipg sultan mizan….doakan saya agar diterima untuk interview….

  6. sye pun mmg brminat sngat nak jd ckgu,mak ayah skong 100%..n 28 hb niey sye ade intrview di IPG LPIS..in Tesl..wish me da best..:-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s