January 2008


bald.jpg

                                                                     Sharlinie bald?

tudung.jpg

                                                               Sharlinie wear tudung?

Assalamualaikum wbt

21 days….

The latest kidnapping case happens in Malaysia. Everyone knows. Children are not safe when they are outside of their house? should we just have to lock them in the house?

see. Even the children at their home, we could not consider they are already safe enough from dangerous.  Sumbang mahram, can possibly take part.

 somehow, we have to look inside this case seriously.  It is not enough doing advertising the picture of the poor child every nook and cranny.  Is it another Nurin Jazlin after this? Nauzubillah. Let us pray for the sake of Sharlinie. InsyaALLAH, the truth will reveiled.

Here i put some pictures that have been taken from UZAR site.

Assalamualaikum

Sebenarnya telah lama saya berkira-kira dan kiraan saya tidak pernah sampai ke penghujung. Siasah ataupun politik, dunia yang memang tidak asing lagi bagi kita semua. Sesungguhnya siapalar saya untuk berbicara dan menulis mengenai politik.

Pengalaman saya?

Sebagai bekas bakal calon? kehilangan borang pencalonan di saat akhir. pengalaman terindah. Allahurrabi. Saya belum menjadi pilihan ALLAH. penglibatan di awal semester tiga dalam dunia politik kampus memberi pendedahan dan pelbagai topeng manusia didedahkan. Kesannya, inilah saya sekarang. Masih mampu mengecapi nikmat-nikmat ALLAH yang sememangnya tak terbalas.

InsyaALLAH… Lepas ini saya akan berusaha menulis mengenai siasah ataupun politik semasa.. Moga diberi hidayah

Assalamualaikum wbt..

Agak lama dibiarkan sunyi blog saya daripada entry-entry baru. Silap sikap diri dan mengakui diri ini sebagai hamba yang dhaif.

“Mata pena lebih tajam daripada mata pedang”

Saya setuju dengan kata-kata ini. Hasil daripada bacaan jugalah saya rasakan lebih dekat dihati. Penat sudah berkata-kata, tidak pernah menang dalam hujah. Da’wah bil lisan, da’wah bil hal? mana lebih berkesan? masing-masing punya pandangan dan pendapat sendiri.

saya tinggalkan persoalan-persoalan tersebut.

Hari untuk melakukan discussion group bersama sahabat-sahabat terdekat saya dirasakan terlampau cepat. Saya berperang dengan tuntutan dunia dan hak-hak dengan sahabat-sahabat. Tinggal lagi kurang daripada sejam akan bermulanya discussion kami. Akhirnya saya capai sebuah buku tulisan tok guru “NOTA BUAT DIRI” untuk mencari modal dikongsikan dengan sahabat-sahabat. Alhamdullilah, saya ringkaskan dan cernakan di dalam penulisan blog ini.

Carian pantas saya lakukan di dalam buku tersebut mencari bahan-bahan segera. Mudah dan mengingatkan kematian.. itulah perkongsian yang saya lakukan bersama sahabat-sahabat pada malam itu.

Antara perkara yang mesti diimani oleh setiap muslim adalah mengenai ’sirat’ atau titian yang merentangi neraka jahanam. Semua antara kita akan melaluinya. Bezanya hanya gagal atau berjaya kita menjawab setiap persoalan di setiap check point yang disediakan.

Dalam bab titian ini pelbagai keadaan yang akan dilalui manusia dan ada dikalangan manusia yang dipanjangkan titian itu bagi mereka, dan ada pulanya gagal melaluinya lalu gugur ke dalam neraka.  Saya ceritakan check point-check point yang kita semua bakal lalui. Jalannya cukup mudah bagi yang beriman dengan kondisi sehelai rambut dibelah tujuh.

Check point 1:

Kita akan ditanya mengenai syahadah kita. Sejauh mana kita bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan nabi muhammad utusan ALLAH. Inilah kalimah yang dipegang namun interprestasinya sejauh mana dalam diri kita?

Check point ke 2:

Tentang solat. Sejauh mana khusyuknya dalam kita menunaikan solat sehari semalam 5 waktu? Adakah kita semua hanya mampu kusyuk dalam satu rakaat sahaja atau tidak pernah khusyuk sepanjang kita mengenal erti solat? belum lagi bab ditanya tentang waktu-waktu yang kita tinggalkan.

Check point ke 3 :

Ibadah puasa. Kewajipan berpuasa bukan sahaja pada bulan ramadhan. Ditambah dengan ibadat-ibadat puasa sunnat isnin dan khamis dan dalam bulan-bulan islam yang lain.Namun perlaksaan ibadat puasa kita hanya sekadar lapar dan dahaga dan anggota-anggota kita yang lain bebas melakukan zina-zina kecil.

Check point ke 4 :

Mengenai zakat. Tuntutan mengenai menunaikan ibadat zakat bukan sahaja zakat fitrah dihari raya, tapi sudah tentu pada saat kita bekerja zakat harta dan zakat perniagaan yang seharusnya ditunaikan. Seringkali kita terlepas pandang mengenai ibadah ini.

 Check point ke 5:

Wang. Kenapa telah kita belanjakan wang yang kita perolehi dan adakah cara yang kita perolehi wang tersebut secara halal? Belum termasuk lagi wang yang kita hutang dan belum lagi dilangsaikan

 Check point ke 6 :
Ibadah wudhu’ dan mandi wajib. Nampak mudah. Hakikatnya ianya berkait rapat dengan amal ibadah kita seharian. Andainya tidak sah wudhu’ kita dan mandi wajib ianya juga membawa tidak sah kepada ibadat-ibadat kita yang lain. Adakah kita benar-benar mencerna erti ibadah wudhu’ dan mandi wajib? sejauh mana kita mengetahui cara-cara perlaksanaannya?

Check point ke 7 :

Kezaliman terhadap manusia. Check point ini dikatakan ramai manusia yang gagal melaluinya. dalam kita merencanakan kehidupan seharian adakah kita telah menunaikan hak-hak seorang hamba kepada ALLAH, umat kepada rasullah SAW, anak kepada ibu dan ayah, sahabat kepada sahabat dan banyak lagi hak-hak yang perlu kita tunaikan? Kezaliman yang kita lakukan seharian tanpa kita sedar dan masihkah ada waktu untuk kita memperbaikinya.

Begitulah keadaan dan check-check point yang memang telah dijanjikan oleh ALLAH kepada kita.  Pengisian sedikit yang boleh dijadikan ukuran buat kita mengenai kesedian kita untuk melalui titian sirat tersebut.

Tepuk dada tanya iman?

5 Muharram 1429 H.

Allahurrabi. ALHAMDULLILAH. Rasa syukur penuh kedhaifan saya panjatkan kepadaNYA, pada dan tarikh ini, saya dianugerahi Anugerah Personaliti Maal Hijrah 1429 (Kategori Pelajar) Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tokoh maal hijrah universiti. Piala, cek bernilai RM500 serta scroll sijil disampaikan oleh Naib Cancelor bertukar tangan tatkala nama saya diumumkan. Anugerah dan pengiktirafan yang hadir tanpa saya pinta dan dicelah-celah kesibukan gerak kerja saya.

Saya melihat ianya merupakan satu lagi turning point dalam saya meneruskan kehidupan di bumi universiti. Tahun ke-2 yang cukup mencabar selepas saya melalui pelbagai mehnah dan tribulasi. Inilah ujian inilah keberkatan. Maka, saya rasakan semakin berat amanah yang perlu dipikul. Ada hak-hak yang perlu ditunaikan. Pembahagian masa yang sampai masa tidak ada lagi untuk dibahagikan.

Ya ALLAH,

Biar kering mata ini,

Namun basah ladang hati yang gersang,

Ya ALLAH,

Biarkan aku patah dalam cahayaMU

Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanMU

agar kukembali dalam pelukan hidayahMU

Ya ALLAH

Biarku  hirup nafasku sekali lagi

Hanya untuk menyebut namaMU dan KekasihMU tercinta

Kupohon Ya ALLAH

moga diri ini terus thabit di jalanMU

Ameen

Sebenarnya saya menunggu masa yang sesuai untuk menulis sempena tahun baru maal hijrah disebabkan ketiadaan idea dan kekangan masa dan yang paling penting kepada diri saya sendiri yang sentiasa memberi alasan. Forum yang diadakan sempena hari terbuka kolej saya memberikan satu peluang kepada saya untuk menerima santapan rohani. Idea untuk mengadakan forum hadir saat-saat akhir tatkala seketeriat aktiviti kebuntuan program untuk mengisi malam-malam hari terbuka.  Ini mungkin juga berkat doa sahabat-sahabat yang ingin sekali menolak diadakan malam persembahan kebudayaan dan nyanyian-nyanyian langha artis masa kini.

 Ini bukan bermakna saya rigid dan tidak terbuka, tapi tatkala melihat yang lelaki sibuk merempit dan yang perempuan asyik berkepit, sewajarnya selaku seorang pemegang saham dalam menjalankan carnival hari terbuka kolej kami, aulawiyatnya diadakan pengisian yang berbentuk kerohanian. Alhamdullilah, doa kami dimakbulkan. Perjalanan forum berjalan dengan lancer walaupun kami ditakutkan dengan cuaca yang seakan-akan tidak mengizinkan dan kebimbangan yang paling besar takut tidak ada crowd yang memenuhi.  Berikut saya lampirkan butiran mengenai atucara malam tersebut :           

         Hari                             : Khamis          

         Tarikh                          :  10 January 2008           

         Tempat                       : Pentas Utama Kolej Harun Aminurrashid       

         Tajuk                           : Hijrah Satu Perubahan   

         Panel                          : Ustaz Nizamuddin (moderator)

                                            1)     Ustaz Naqiudin Uitm

                                            2)     Ustaz Zaharuddin 

Dan, dek kerana telah sibuk mengendalikan bahagian pameran sepanjang hari, sengaja saya memilih untuk duduk di atas kerusi dan tidak menjalankan pemantauan bagi sama-sama mendapat pengisian yang sewajarnya. (seat ketiga belakang) Saya coretkan semula antara isi-isi penting sepanjang forum diadakan untuk dikongsikan bersama. Mungkin pengolahannya tidak sepenuhnya sama dengan isi forum pada malam tersebut tapi saya harapkan ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan. I

slam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi melainkan islam. Ahli panel pertama mengutarakan hujah. Cukup berkesan. Mungkin penyampainya menyampaikan daripada hati dan diikuti dengan niat yang ikhlas demi menyampaikan dakwah kepada pelajar kolej kami. Apabila melihat kepada peristiwa hijrah, menurut ustaz naqiuddin, 3 perkara utama yang perlu ada adalah: 

1)     pengorbanan

2)     perancangan yang rapi

3)     kebijaksanaan

Hijrah merupakan satu perpindahan yang berlaku pada awal muharram. Melihat kepada peristiwa hijrah seringkali kita terfikir apa kepentingan dan hikmah disebalik hijrah yang dilakukan. Human always need something new. Hijrah perlu dan kita perlu melihat ianya merupakan satu proses yang berterusan. Kerana itu kita memerlukan ilmu yang sepatutnya. Kewajaran berlakunya hijrah adalah sejajar dengan fitrah kita. Jika kita membatasi fitrah maka impaknya dan kemudaratan kepada diri kita sendiri. Soalan mengapa madinah yang dipilih sebagai tempat hijrah dijawab dengan penuh ketelitian oleh ustaz zaharuddin. Menampakkan caknanya beliau terhadap ilmunya. Rasullah memilih Madinah sebagai tempat hijrah kerana

1)                   pertamanya ialah Madinah pilihan ALLAH SWT.

 2)                   Kedua, Rasullah pernah bermimpi berada di Yathrib (Madinah) yang mempunyai banyak pohon kurma

3)                   Ketiga, keadaan geografi yang menyebabkan Madinah sesuai didiami dan tempat penanaman kurma Faktor keempat ialah ikhwan, saudara atau kata nama lainnya manusia yang juga penyebab kepada peristiwa hijrah berlaku. Pada asalnya penduduk di Madinah mempunyai penduduk yang berpuak-puak. Kedatangan Rasullah akhirnya berjaya menyatukan penduduk suku aus dan khazraj. Inilah antara hikmahnya. Faktor kelima ialah spiritual. Semangat ini jelas ditunjukkan dengan ketibaan baginda Rasullah disambut dengan nyanyian nasyid Tola’al Badru (ustaz zaharuddin dendangkan).  Untuk melakukan hijrah individu hendaklah mengetahui tempat. Yang kedua, hendaklah bijak bergaul manusia. Orang mu’min yang bijak dan bertaqwa sesungguhnya bergaul dengan manusia dan membawanya kepada islam. Jelas sekali indahnya islam. Telah digariskan dalam al-quran adab-adab untuk bergaul dan batasannya, terpulang kepada kita untuk mengikutinya. Yang ketiga, contohi sifat kaum yahudi yang pandai namun ditewaskan dengan perancangan yang rapi oleh kebijaksanaan Rasullah.

 Kenapa Rasullah menghantar naqib yang pertama iaitu Mus’ab Bin Umair ke Madinah. Apakah cirri-ciri naqib yang ada pada Mus’ab sehinggakan Rasullah memilih beliau.

 1)                 ikhlas (penyampaian yang lahir dari hati dan diniatkan Lillahitaala)

2)                 yakin (beliau sentiasa bersama dengan Rasullah dan yakin dengan kepimpinan Baginda)

3)                 istiqamah

4)                 akhlaq (kefasihan perbuatan lebih baik daripada kefasihan lisan)

5)                 beramal (mempunyai ilmu dan beramal dengannya)

6)                 sabar

 Soalan terakhir pada malam tersebut, ialah mengenai hikmah dan iktibar daripada peristiwa hijrah           

 1)                 kembali kepada fitrah

2)                 meninggalkan perkara-perkara yang dilarang

3)                 membersihkan aqidah

4)                 kepelbagaian dalam dakwah

 Setiap satunya mempunyai huraian yang dibuat secara padu oleh ahli-ahli panel. Alhamdullilah, mungkin tidak banyak yang saya boleh kongsikan. Hasil catatan nota pada malam itu di saat kekalutan dengan tugas-tugas sampingan. Forum tersebut diakhiri dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Devotees juga berjaya memikat audien. Mungkin antara kita telah menanamkan azam pada tahun baru ini dan insyaALLAH saya sentiasa doakan kita semua dapat merealisasikannya dengan redho ALLAH. Selamat tahun baru!    

Tahun kedua pengajian menandakan saya berada di semester 4 pengajian di universiti. Dirasakan masa yang berlalu cukup pantas. Semester ini saya bakal mengambil 4 subjek universiti (hafalan), 3 subjek major dan 1 subjek elektif. 

1)                 Kimia Analisis

2)                 Kimia Organik

3)                 Pengenalan Biologi 11

4)                 Bimbingan dan Penasihatan

5)                 Pedagogi

6)                 Pengantar Etika

7)                 Penghantar Pemikiran

8)                  Bahasa Arab Komunikasi 111 

Jadual yang diberikan oleh bahagian akademik kelihatan agak padat. Hasilnya, selama 4 malam berturut-turut saya mempunyai kuliah malam. Suasana yang cukup berbeza bagi saya berbanding dengan semester sebelum ini yang mana kuliah kebanyakan diadakan pada waktu pagi dan petang. Tanggapan awal saya mungkin lebih memenatkan berikutan keesokan harinya kuliah saya bermula seawal jam 8 pagi. Tanda ALLAH sayang pada saya, masa yang diberikan seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya. Belum lagi dengan gerak kerja sebagai pemegang wasilah yang meeting tidak kira waktu dan ketika. Sibuk-sibuk dunia.

“bersyukurlah, sekurang-kurangnya kamu tidak perlu bersekang mata menelaah buku-buku yang tebal dengan subjek yang berat biarpun kuliah hanya 3 jam sehari”

saya pegang kata-kata seorang bakal doctor, kakak dan bertindak sebagai sahabat saya yang terdekat.  Ada benarnya dalam nasihat tersebut. Sudah mampu memujuk hati saya supaya meneruskan aktiviti akademik saya semester ini. InsyaALLAH saya usahakan yang terbaik. Umat islam harus cemerlang! 

Kali ini saya memilih untuk berbicara mengenai sahabat. Besar maknanya bagi saya dalam meneruskan misi kehidupan seharian lebih-lebih lagi sepanjang berada di universiti. Tatkala itu kehadiran seorang sahabat dirasakan amat perlu.

Menelesuri sirah perjuangan Rasullah SAW, perjuangan baginda juga diwarnai dengan kehadiran sahabat-sahabat yang memberi kekuatan kepada baginda. Seorang rasul yang dijanjikan syurga dan menjadi kekasih pilihan ALLAH SWT juga mempunyai sahabat.  Seorang sahabat yang baik merupakan cerminan bagi sahabatnya. Dalam kita berukhwah dan bersahabat kita sebagai hamba akan terus diuji.

Itulah yang menjadikan sahabat kita kadangkala menjadi penawar tatkala kita memerlukan nasihat dan bimbingannya. Namun, ada tatkalanya sahabat kita menjadi racun di saat nasihat dan bimbingannya bertukar menjadi cantasan kata-kata yang berbisa buat kita. Dan tatkala kita diuji dalam berukhwah inilah memerlukan mujahadah yang tinggi dalam usaha mengekalkan ukhwah yang telah terjalin sejak sekian lama. Mana mungkin kita akan duduk senang sampai saat kita dipanggil mengadap ALLAH swt. 

Reality saya kaitkan dalam kehidupan seharian, “ ana tak tahu lagi nak buat macammana, ana dah rasa kecewa sangat dengan sahabat seorang ni”. 

 Jujurnya, saya sendiri berdepan dengan masalah ukhwah ini. Saya tidak menolak ada dikalangan sahabat-sahabat saya yang terdekat menceritakan keburukan saya dan ketidakpuasan hati kepada individu yang lain. Perkara menjadi lebih complicated apabila masing-masing mendiamkan diri dan sampai satu saat kata-kata dan riak muka tidak lagi mempamerkan rasa ikhlas yang lahir dari hati. Nau’zubillah.

Kita berusaha membina sebuah ikatan ukhwah dalam masa yang cukup lama 10 tahun, 5 tahun dan mungkin juga bermula sejak kita masih dizaman kanak-kanak. Namun saya rasakan begitu mudah kita menyerah dan meruntuhkan ukhwah dalam masa sehari sahaja.  Salah satu punca kenapa hati kita tidak tenang adalah kerana adanya sifat mazmumah dalam diri kita. Perkara inilah yang menjadi salah satu punca kepada pemasalahan ukhwah ini apatah lagi melibatkan masalah-masalah lain dalam kehidupan seharian.

Pesan buat sahabat, kita sama-sama jauhi sifat-sifat mazmumah yang menjadi barah dalam ukhwah dan perjuangan kita. 

 Pemarah. Sahabat, andai ada sifat pemarah dalam diri kita, ianya amat mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak terdapat dalam diri manusia. Orang yang pemarah biasanya sangat tidak disukai dan didekati oleh sesiapa sahaja. Jangan biarkan diri kita dipenuhi dengan sifat pemarah yang memusnahkan diri kita. Jika sifat ini tidak dikawal ia boleh mencetuskan permusuhan antara satu sama lain, walaupun punca permusuhan itu sangat kecil

 Pendendam. Sahabat, andai ada antara kita menyimpan dendam antara satu sama lain, ianya biasanya boleh dilihat daripada sikap kita dan buah bicara kita tatkala kita berbicara. Untuk ukhwah kita, sebaiknya kita amalkan sifat pemaaf. Bagi seorang pendendam, pada kebiasaannya, mereka ini sentiasa dalam keadaan tidak tenang kerana sentiasa dihantui oleh perasaan marah, benci, tidak puas hati dan sebagainya. Kita bukannya dilahirkan untuk berdendam antara satu sama lain. 

Tidak sabar. Kurang sabar apabila diuji dengan sesuatu. Sahabat, kita sentiasa diuji, dek kerana ujian inilah melatih kita sentiasa bersabar. Mereka yang tidak bersabar akan cepat melatah apabila menerima ujian dan dugaan. Dalam perjuangan, rencahnya ujian dan disitulah kesabaran kita diuji. 

  “Ya ALLAH, engkau mengetahui, hati-hati ini telah berkumpul untuk mengasihaniMU, bertemu untuk mematuhi perintahMU, bersatu memikul beban dakwahMU, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk menyokong dan mendaulatkan syariatMU, maka eratkanlah YA ALLAH, akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini…..” 

Mungkin diri saya bukan orang yang terbaik untuk menjadi sahabat yang baik untuk sahabat-sahabat saya yang lain tapi saya bukannya seorang yang sanggup merosakkan ikatan ukhwah yang telah dijalinkan..

“terima kasih Tuhan, mempertemukan aku bersama insan yang bernama SAHABAT, kasihnya tiada sempadan, hingga aku tak mampu melupakan, tak mampu bertahan andai kelalaian, kerana ikatan ini bukan mainan, semoga kita terus tabah dalam perjuangan” 

Dengan nama ALLAH yang maha pengasih dan maha penyayang

 Dalam merencanakan hari-hari yang mendatang dalam hidup kita, perkara yang menjadi tunjang dalam setiap amal perbuatan adalah niat. Sehingga saya menulis entry ini sudah tentu saya mempunyai niat tersendiri. Betapa begitu pentingnya niat dalam kehidupan seharian kita. 

Dikatakan bahawa apabila para sahabat hendak buat sesuatu amal kebaikan, mereka tidak buat secara biasa. Mereka akan buat dengan cara yang paling baik, kerana begitulah yang telah ditanamkan oleh Rasullah SAW dalam minda mereka. Supaya amal soleh itu benar-benar menjadi ahsanu ‘amala sebagaimana yang difirman-NYA. 

 “….supaya DIA menguji kamu, siapa di antara kamu yang terbaik amalnya (ahsanu ‘amala)…..” (Al-Mulk:2)

 Apabila berbicara berkenaan dengan niat juga sudah tentulah kolerasinya dengan perkataan ikhlas. Sampai hari ini, saya sentiasa bertanya kepada diri ikhlaskah kita dalam melakukan setiap perkara?

Ikhlas berasal daripada perkataan Khalas yang dalam bahasa arab bermaksud habis, licin-licau sehabuk pun tak ada (rujukan ustaz pahrol mohamad juoi).  Maknanya, (saya masukkan unsure qalqalah untuk memberi penegasan), orang yang niatnya ikhlas itu tidak ada sesuatu apa pun dalam hatinya, melainkan ALLAH. Ia berbuat kerana dan untuk ALLAH semata.

 Diri saya? 

Hari ini dan detik ini saya masih mampu mengingati semula segala perkara yang telah dilakukan. Hari ini juga, saya masih mampu menceritakan kepada orang lain mengenai amal kebaikan saya lakukan. Dan sehingga hari ini, saya berupaya menceritakan kepada orang lain bahawasanya saya yang menyebabkan keberjayaan sesuatu perkara. Setakat mana ikhlasnya saya dalam perbuatan seharian.

 Selesai sahaja mesyuarat mengenai sesuatu program yang sebelum, sudah dan akan dijalankan, terdengar suara-suara rungutan sesetengah individu kepada individu yang lain. Niat awal yang disandarkan ikhlas kerana ALLAH menjadi sia-sia sudah. Habis sudah segala tenaga dan masa yang diperuntukkan bagi memastikan kelicinan sesuatu program.

  “alar, dia tu bukannya bagus sangat, cakap je banyak, keje tak jalan… bla2” 

Andai pada hari ini kita mampu untuk berkata demikian kepada orang lain maknanya suatu hari nanti kita juga akan dilihat begitu oleh orang lain dan tidak mustahil segala keaiban kita akan dibuka dan perbuatan baik yang kita lakukan akan terus dilupakan. Na’uzubillah.

 Kata ulama sufi, amal yang benar jika tidak dibuat dengan ikhlas, tidak diterima oleh ALLAH. Amal yang ikhlas pula jika tidak dibuat dengan cara yang benar, juga tidak diterima oleh ALLAH. ALLAH hanya menerima amal yang ikhlas dan benar. Saya kira ini bukan sesuatu yang mudah untuk dijalankan.  Memang bukan mudah untuk melahirkan niat yang ikhlas di dalam hati, tapi ada cara-cara yang boleh diusahakan.

  1)     bebaskan hati dari niat yang bersifat duniawi “kalau rasa-rasa kita buat sesuatu amalan baik dengan sebab orang, kita bawa istighfar dan bebaskan dulu niat itu dari hati” kata ustaz fauzi, al-kuliyyah.

2)     Buatlah amal baik secara diam-diam “hukamak berkata, jadilah kamu seperti akar pokok yang menjadi tunjang kepada kehidupan pokok itu, padahal ia tidak terlihat oleh mata dan tersembunyo di dalam tanah”

 InsyaALLAH kita mampu usahakan 2 cara ini dahulu. Niat dapat menyempurnakan iman. Sebab itu pentingnya kita menjaga niat dalam melakukan segala perbuatan. Nasihat untuk diri saya. Hadis daripada Abu Umamah, Nabi SAW bersabda : siapa yang cinta kerana ALLAH, membenci kerana ALLAH, memberi kerana ALLAH, menyekat pun kerana ALLAH, maka sempurnalah imannya.   

Nama yang cukup gah diantara seratus personality terbilang yang mempengaruhi dunia pada kurun kedua puluh. Beliaulah as-shahid imam hassan al-banna. Seringkali al-banna melantunkan untaian syair seorang penyajak yang rindukan kepada penciptaNYA. 

 Saya olahkan semula tulisan mengenai peristiwa kesyahidan hassan al-banna untuk tatapan kita semua. Cerita yang cukup ringkas tapi terkesan di hati tatkala membaca saat-saat kematian dan pengebumian hassan al-banna.  Di waktu malam yang hening, sebuah kereta polis menuju ke satu jalan di Bandar Hilmiyyah, Kaherah. Kereta-kereta berhenti, sekumpulan tentera yang bersenjata bergegas mengepung kesemua jalan dan kawalan diketatkan di sekitar sebuah rumah yang tak seberapa di tengah-tengah jalan, tiba-tiba datang sebuah kereta ke arah rumah ini.  

Para tentera pun berbaris memindahkan sekujur badan yang kaku yang diambil daripada kereta itu lalu cepat-cepat dibawa ke dalam rumah. Mereka pun mengetuk pintu, lalu seorang tua yang melewati usia 90 an membuka pintu. Beberapa orang pegawai memasuki rumah tersebut sebelum jasad dibawa masuk kedalam bagi memastikan tiada orang lain di situ. Arahan tanpa kompromi diberikan kepada si Tua, tidak boleh ada suara! Tidak boleh ada takziah! Dan tidak seorang pun yang berkepakaran boleh menguruskan mayat, hanya engkau dan ahli rumah sahaja! Pengebumian mesti dibereslkan tepat pada jam sembilan pagi!

 Orang tua itu ialah bapa orang yang meninggal itu, sekalipun begitu sedih dan tua, beliau bangun menguruskan pengebumian anaknya. Lalu si tua itu menyapu darah anaknya kesan daripada peluru-peluru yang mengakukan tubuhnya. Pagi yang menjelma, para pegawai datang sebagaimana janji mereka. ‘marilah bersana anakmu kebumikanlahnya’ maka sibapa yang berusia 90 tahun bertempik, ‘ bagaimana aku ingin membawanya? Tenteralah yang kene bawa!’ . jawapannya adalah ‘ahli keluargalah yang membawanya!” padahal yang tinggal hanyalah perempuan-perempuan dan seorang budak kecil. Sekujur badan dibawa ke jalan yang dipikul oleh isterinya dan anak perempuannya.

 Di belakangnya hanyalah ayahnya. Barangsiapa yang berani mengiringi jenazah itu maka penjaralah kesudahannya. Sesampainya jenazah itu ke sebuah masjid untuk disembahyangkan, tiba-tiba masjid itu kosong daripada seorang pun hatta pegawai masjid. Si bapa pun bersolat jenazah dan diikuti oleh ahli bait yang terdiri daripada perempuan. Kemudian mereka pun menurunkannya ke dalam kuburnya. Kesemuanya pulang ke rumah dengan kawalan yang begitu ketat. Inilah jenazah as-syahid hassan al-banna.

Dan penangkapan selesai dilakukan terhadap jiran-jiran, bukan kerana apapun hanya kesalahan menyampaikan takziah!  Kepungan dilakukan bukan sahaja terhadap rumah kerana bimbangkan revolusi yang akan dilakukan oleh mereka yang memberi takziah, bahkan kepungan juga turut dilakukan terhadap kubur kerana bimbangkan akan ada orang yang datang mengeluarkan jasad dan mendedahkan jenayah. Dan pegawai-pegawai polis berkeliaran di masjid-masjid bagi mengarahkan masjid ditutup selepas setiap kali solat kerana takut akan ada orang yang berani memprotes terhadap kezaliman arwah.  

 Apa pandangan anda? Betapa takutnya musuh Islam kepada umat Islam. Biarpun telah berakhirnya riwayat hidup hassan al-banna, sehingga masih belum dikebumikan beliau tetap digeruni oleh musuh-musuhnya. ALLAHUAKBAR.  Riwayat hassan al-banna hanya sampai usia 43 tahun, namun kita melihat betapa terkesannya pemergian beliau di dalam medan juang islam. Benarlah, sesungguhnya orang-orang yang beriman dikasihi oleh ALLAH swt. Semoga beliau tenang di sana. AL-FATIHAH…