Sudah lama kiranya saya meninggalkan kerja-kerja blogging ni. Kesibukan masa dengan cuti semester, bersama keluarga dan akhirnya saya kembali semula ke kolej untuk memulakan rutin-rutin kehidupan sebagai pelajar. Alhamdullilah. Sesungguhnya semua kekuatan daripada ALLAH. Kali ini saya ingin bercerita mengenai penyertaan dalam pertandingan Debat Fomca yang berlangsung pada 23-26 Jun 2007. Dengan hati yang penuh keterpaksaan pada mulanya apabila digesa untuk menyertai pertandingan tersebut akhirnya sedar tidak sedar saya sudah kembali semula ke kolej selepas berkampung bersama-sama pendebat hebat di UNITEN. Penyertaan pertama seawal pembukaan semester baru. Namun, sering kali iman saya terdetik, apabila berakhirnya debat , maka berakhir lar penipuan-penipuan yang dilakukan oleh saya sendiri di dalam debat. Sudah menjadi sifir lazim dalam pertandingan, usul yang pada mulanya merupakan yang hak, dek kerana ketajaman lidah berkata-kata, maka yang hak akan menjadi batil dan yang batil menjadi hak. Saya dihimpit rasa bersalah. Sesungguhnya ciri-ciri orang munafiq, apabila berkata dia berdusta. Na’uzubillah. Kesannya, saya cukup terasa, kemenangan diganti dengan ketidak kyusukan dalam solat, rasa syukur diganti dengan rasa riya’. Ya ALLAH, saya benar-benar buntu.
Jalan penyelesaiannya satu! Samaada wajar saya kuburkan minat saya dalam arena perdebatan ini? Iman dan nafsu bergolak. Moga diri ini diber