Memegang amanah yang diberikan oleh ALLAH pada tahun ini membuatkan saya sentiasa mempersoalkan diri sendiri. Benarkah wasilah yang diberikan ini sesuatu yang tepat atau satu lagi cabang ujian oleh ALLAH untuk hambaNYA yang hina dina ini. Meletakkan diri dalam kelompok kepimpinan yang tidak selaras dengan perjuangan saya merupakan satu situasi yang cukup berat dirasakan. Saya tahu, saya mempunyai tanggungjawab yang besar harus ditunaikan selaku hambaNYA. Tidak hanya duduk senang. Membawa islam sebagai modal diri! Dengan melihat diri sendiri yang tidak sempurna dan mengenangkan dosa-dosa yang menggunung tinggi, membujuk diri saya untuk sentiasa redha dengan segala ketetapan yang telah ditetapkan olehNYA. Bukannya semua orang dipilih oleh ALLAH untuk diuji.
![]()
Dalam hadis daripada Abu Zar katanya, Aku bertanya, “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?” Baginda menepuk bahuku dan bersabda, “Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya.” (Riwayat Muslim).
Dalam riwayat al-Imam Muslim yang lain Rasulullah s.a.w bersabda, “Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim.”
Ini menjelaskan bahawa Rasulullah tidak memberikan jawatan sekalipun kepada Abu Zar, seorang sahabat yang sangat dikasihi baginda, apabila dilihat ciri-ciri kelayakan tidak wujud sepenuhnya.
Abu Zar adalah seorang sahabat yang soleh lagi warak dan zuhud. Namun begitu, amanah kepimpinan dan politik berhajat ciri-ciri yang lebih dari itu, bukan sekadar warak dan soleh sahaja. Justeru itu, tidak semua sahabat layak mengendalikan urusan siasah seperti al-Khulafa al-Rasyidun.
Saya menetapkan satu lagi matlamat dalam diri Dengan berbekalkan modal kepimpinan yang ada, mesej Islam yang terbaik adalah dengan Akhlaq. Want to deliver a message, be the message! (petikan saiful islam). Saya merasakan kebenarannya. Andainya hanya pandai berkata-kata, ianya akan lebih banyak menjadi dusta.Bukan itu yang saya mahukan..
PEMIMPIN SEPANJANG ZAMAN
Tika kau di puncak pergunungan
Luas saujana mata memandang
Bumi luas terbentang
Jauh di sanaKelihatanlah umat manusia
Seribu ragam juga bicara
Berat mata memandang
Resah jiwa mengenangAdat pemimpin sepanjang zaman
Di hatinya ada kebimbangan
Beratnya tanggungan yang menanti di depan
Akan terhisab di tangan TuhanBagi manusia yang di bawahnya
Mata memandang pada yang satu
Tersusunlah kekurangan
Terkumpul kelemahanSegala ujian dan cabaran
Dan tuduhan yang dilontarkan
Semua itu permainan
Gurauan perjuanganHari ini kita satukan hati
Dendangkan irama perpaduan
Susunkan barisan satukan keyakinan
Terus ke depan tempuh rintanganJika mereka itu seribu
Kita bersama Tuhan yang Satu
Maka pohonlah bantuan
Nusrah pasti diturunkanAhzab yang telah ditewaskan
Pengalaman sepanjang zaman
Bulatkan keyakinan
Kemenangan di depanSekali disusun perjalanan
Tiada undur terus ke hadapan
Ceraikanlah jasad, nyawa dan kehidupan
Hidup berjaya mati mulia
LAGU: Hasrizal Abdul Jamil
LIRIK: Hasrizal Abdul Jamil
NYANYIAN: Erfino Johari
PERSEMBAHAN: Usrah al-Firdaus, Jordan
ALBUM: Gemilang
TAHUN: 1995